Monday, April 19, 2010

TERLALU BESARNYA PAHALA SOLAT DI MASJIDIL HARAM..

TAHUKAH kita semua kelebihan solat di Masjidil Haram..? Nabi bersabda bermaksud SOLAT di mesjidku ini lebih utama dari 1,000 kali solat di TEMPAT LAIN kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram LEBIH UTAMA daripada 100,000 Solat di tempat lain. Sekiranya kita solat 10 rakaat sahaja di Masjidil Haram, kita akan dapat pahala sebanyak 1,000,000 kali berbanding solat di Malaysia. Ianya memerlukan kita solat di sini selama 227 tahun 11 bulan.

Ini salah satu kurnia Allah yang amat besar yang hanya dimiliki oleh orang yang melakukan perjalanan ke Tanah Suci...

Harus ada usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh dari kita untuk melakukan perjalanan ke Tanah Suci daripada melancong ke tempat lain yang TIDAK mempunyai sebarang keutamaan yang melimpah-ruah dan berlipat-ganda.

Jadilah kita Muslim YANG PANDAI, yang MENGGUNAKAN kesempatan yang masih ada sebaik mungkin. Sedarlah kita bahawa MASA terlalu cepat berlalu, jadi JANGAN BIARKAN masa kita berlalu begitu sahaja tanpa sebarang makna dan USIA kita semakin berkurang tanpa sebarang menafaat.

Gunakanlah baki usia yang ada untuk merebut kelebihan yang Allah berikan. Dengan berkorban sedikit wang untuk mengerjakan Umrah, Insya Allah pahala yg akan didapati TERLALU BESAR, jiwa akan tenteram, Hati akan tenang dengan banyak mengingati Allah di tempat yang berulang kali di sebut dalam Al Quran sebagai BUMI yang aman, BUMI yang berkat.....

No comments:

Post a Comment