Tuesday, April 20, 2010

LAKUKAN HAJI DAN UMRAH BANYAK KALI.....?

Orang-orang Soleh terdahulu amat gemar menunaikan Haji dan Umrah kerana menyambut seruan Rasulullah:
Dari Abdullah Bin Mas'ud meriwayatkan Sabda Rasulullah yg bermaksud:
"IKUTILAH antara Haji dan Umrah. Sesungguhnya kedua-duanya menjauhkan KEFAKIRAN dan MENGHAPUSKAN DOSA sebagaimana alat kikir yang mengikis besi, emas dan perak."

Kerana itu diberitakan bahawa Al-Aswad Bin Yazid menunaikan Haji dan Umrah sebanyak 80 kali. Amru Bin Maimun menunaikannya sebanyak 60 kali. Manakala Saad bin Musayyib menunaikan Haji dan Umrah sebanyak 40 kali. Masih ramai sahabat yang melakukan lebih dari itu. Sedangkan pada masa itu pengangkutan dan peralatan telekomunikasi tidak sehebat kini. Andainya mereka mempunyai peralatan dan kemudahan seperti sekarang, sudah tentu lebih banyak lagi yang dapat mereka lakukan...Allahu 'aklam.

No comments:

Post a Comment